Meninggal dunia Abdul_Hamid_Othman

Pada 23 Disember 2011, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman (72) meninggal dunia setelah mendapat akibat angin ahmar/strok di pejabatnya di Maju Junction dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Jenazah beliau dimandikan di kediamannya di Taman Tenaga, Puchong, Selangor. Kemudian, jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Amin dengan diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Turut menziarahinya ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Turut hadir ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.[2]